Webinar Kidventure: Perancangan Kewangan
18 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mei 2025 (Sabtu), NADI X Kidventure telah mengadakan webinar perancangan kewangan untuk sesi Cohort 2. Webinar ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai asas perancangan kewangan secara mudah dan sistematik. Sepanjang sesi, peserta mempelajari konsep asas seperti menabung, membezakan keperluan dan kehendak, serta kepentingan mengurus wang dengan bijak sejak usia muda. Aktiviti interaktif dan contoh situasi harian turut digunakan bagi membantu peserta memahami topik dengan lebih mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: